Ujian Pencarian Bakat UKM2

 

Perhatian:

  Ujian UKM2 ini khas untuk kegunaan KPT. Calon yang telah dihubungi oleh pegawai KPT, sila maklumkan kesediaaan anda untuk mengambil ujian kepada pegawai KPT bertugas.
 
  1) Ujian ini hanya menggunakan perisian pelayaran Microsoft Internet Explorer versi 8.00 ke atas sahaja. Jika perisian lain digunakan, maka terdapat gangguan teknikal.
Keperluan sistem: browser
* MS Internet Explorer 9. Muat turun di sini.
* Menguji kelajuan server. Klik di sini.
* Menguji kepantasan talian. Klik di sini.
* Menguji tarik dan lepas. Klik di sini.

2) Memahami ARAHAN ujian adalah salah satu bahagian yang diuji dalam saringan kedua ini. Jadi, anda tidak perlu bertanya soalan kepada pengawas. Anda hanya dibenarkan memanggil pengawas jika berlaku gangguan teknikal seperti masa untuk memaparkan gambar yang terlalu lama, gangguan teknikal komputer seperti komputer tiba-tiba terbehenti operasi ('hang'), papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) yang tidak berfungsi atau pergerakan tetikus yang tidak lancar. Anda akan dipindahkan ke komputer lain. Jika talian terputus dan gangguan teknikal yang lain, sila login semula dan sambung ujian.

3) Ujian ini telah diprogramkan untuk dijawab dalam tempoh 120 MINIT sahaja. Jumlah masa ini telah mengambil kira jika berlaku gangguan teknikal, kelajuan internet di pusat ujian, dan jika anda beralih ke komputer yang lain. Pastikan anda menjawab sepantas dan setepat yang boleh kerana anda juga diuji untuk kadar pemprosesan maklumat yang di fikiran anda. Seboleh-bolehnya menjawab dalam tempoh 65-70 minit dengan fokus. Masa akan diambil kira apabila anda menekan butang MULA.

4) Anda perlu FOKUS semasa menjawab ujian ini. Jika anda berkomunikasi dengan pihak lain melalui internet, membuat rujukan dan bertanya rakan di sebelah anda, ia akan mengganggu tumpuan anda dan juga rakan yang lain dan juga masa ujian.

5) Alamat Internet yang digunakan oleh komputer anda direkodkan. Selain pemantauan secara bersemuka oleh pengawas dan pemantau di pusat ujian, anda juga dipantau secara dalam talian oleh pihak PERMATApintar semasa menjawab soalan. Semua pergerakan anda dalam menjawab soalan direkodkan.

6) Terdapat 15 Modul dengan 375 item. Anda perlu berhati-hati menggunakan butang LANGKAU modul. Ia bukannya untuk melangkau ke soalan berikutnya dalam sesuatu modul. Ia hanya digunakan sekiranya anda telah mengalami KEBUNTUAN untuk menjawab soalan dan masa yang lama diambil dalam sesuatu modul ini. Anda tidak boleh berpatah balik ke modul yang sebelumnya.

7) Dalam setiap modul, terdapat beberapa soalan. Anda perlu menjawab dengan tepat dan pantas. Setiap jawapan akan direkodkan terus di komputer pelayan (server). Dengan itu, jika anda berpatah balik menggunakan kemudahan Back atau Forward ikon , dan menjawab semula soalan, maka ia tidak diambil kira. Oleh sebab itu teruskan menjawab soalan berikutnya tanpa membuang masa

8) Calon TIDAK BOLEH menggunakan sebarang pensil dan kertas untuk membuat pengiraan atau catatan kerana dikhuatiri ia mengambil masa ujian dan ujian juga menguji pemikiran kerja pelajar tanpa bantuan alat lain.

   
Calon perlu JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB.

TUHAN MELIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN

   
Ingin meneruskan mengambil Ujian UKM2? Sila klik disini...